amazon.com

Open your paypal account now!! Just click..

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Promotion

Duit panas!!

Friday, January 14, 2011

Hari ini masuk hari ke 2 aku terima panggilan dari no. 03-20367188

Jumaat-14/01/2011.


Hari ini masuk hari ke 2 aku terima panggilan dari no. 03-20367188. Nasib baik lah aku tak sempat jawab panggilan tu. Balik rumah jer, aku terus search kat google.. Rupa2nyer ader cerita disebalik no. 03-20367188 ni. Cerita aku lebih kurang sama jer, cam cerita yang aku dapat dari salah satu blog yg sempat aku search kat "google"seperti berikut: 



Berhati-hati apabila anda menerima panggilan telefon (03-20367188)


Pernahkah anda menerima panggilan telefon 03-20367188? Panggilan tersebut bermula daripada seorang lelaki yang telah menyamar dan mengaku dirinya sebagai wakil Celcom.  Alasan lelaki tersebut menelefon mangsanya ialah anda merupakan pengguna Celcom (atau rangkaian telekomunikasi yang lain) yang setia selama menggunakan rangkain telefon tersebut. Semasa perbualan di telefon, lelaki tersebut telah menyoal beberapa soalan seperti:
  • Awak ada memiliki kredit kad?
  • Awak mempunyai akaun Maybank?
Pihak Celcom telah memaklumkan bahawa sejak kebelakangan ini ramai melakukan penyamaran dan marketing strategi seperti cara di atas.  Mereka yang tidak bertanggungjawab ini juga mengaku sebagai pekerja Salesman samada dari Celcom dan sebagainya.  



Maka, tidak hairanlah apabila anda cuba menghubungi semula nombor telefon 03-20367188, tetapi  hanya operator telefon perempuan UTH (tidak silap saya) yang menjawab telefon tersebut.  

Oleh hal yang demikian, diharap semua masyarakat di luar sana lebih berhati-hati apabila menerima panggilan telefon terutamanya daripada nombor yang tidak dikenali.

Cuba anda taip nombor telefon 03-20367188 dan UTH/UTS di Google, bukan saya seorang telah menjadi mangsa, ramai lagi di luar sana telah menjadi mangsa panggilan telefon seperti di atas.  Ini kerana, mereka ingin mendapatkan maklumat nama bank, akaun bank, kredit kad kita dan melakukan transaksi tanpa pengetahuan kita.  


Ini menunjukkan jenayah teknologi semakin meningkat dan tidak kenal siapa pun mangsanya samada pelajar, pekerja atau pengganggur.  Persoalan yang timbul ialah dari manakah mereka mendapatkan nombor telefon kita dan dari manakah mereka tahu nama sebenar kita?

Akhir sekali, sekiranya panggilan telefon yang sama diterima pada masa hadapan, tanpa berfikir, adalah lebih baik sekiranya melaporkan perkara tersebut dengan segera kepada pihak polis yang berdekatan. Sila hebahkan kisah benar ini kepada orang yang anda sayangi spt keluarga,sahabat dan lain-lain untuk sama-sama beringat!!

1 comment:

  1. This is a wonderful site. The things mentioned are unanimous and needs to be appreciated by everyone. ways to make money online

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails