amazon.com

Open your paypal account now!! Just click..

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Promotion

Duit panas!!

Sunday, January 30, 2011

Google buka pusat operasi di Malaysia



PENERAJU firma enjin carian Internet global, Google Inc akan memperluaskan lagi rangkaiannya di seluruh negara Asia Tenggara apabila membuka pusat operasi keduanya di Malaysia selepas pembukaan pertama di Singapura empat tahun lalu.

Pengarah Urusan Google Asia Tenggara, Julian Persaud berkata pembukaan itu selaras dengan pelan pengembangan syarikat di pasaran berpotensi di rantau ini termasuk Thailand, Indonesia dan Filipina.

Katanya, pembukaan pejabat barunya di Malaysia, secara tidak langsung menjadikannya sebagai platform terbaik dalam menerajui pengiklanan berkesan, khidmat laman web dan pengalaman carian data kepada pengguna, pengiklan dan rakan usaha sama di negara ini.

“Persekitaran khidmat dalam talian di negara ini meningkat secara signifikan termasuk pembangunan dalam akses jalur lebar Internet serta aktiviti e-dagang. “Kami sangat gembira untuk menubuhkan pusat operasi Google di Kuala Lumpur yang mana kami boleh menarik bakat berkualiti tinggi tempatan bagi membantu perniagaan di Malaysia dan pengguna mendapatkan maklumat yang mereka ingini,” katanya pada sidang media pengumuman pembukaan pusat operasi Google di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir serta Pengurus Negara Google Malaysia, Sajith Sivanandan.

Persaud berkata, pencari pekerjaan secara online di Malaysia juga boleh membuat perayauan bagi melihat peluang kekosongan jawatan di dalam bidang jualan, pemasaran dan perhubungan awam melalui www.google.com.my/jobs.

Sementara itu, Mukhriz berkata kehadiran Google di negara ini menunjukkan satu komitmen terhadap Malaysia dan membuktikan kesesuaiannya sebagai hab multimedia serantau.

Sumber : hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails